Thursday 26 January 2017

KURSUS BRONZE MEDAL FOR LIFE SAVER UPSI ARENA POOL BY AQUA PUTRA ON DECEMBER 2016


PENGENALAN KURSUS MENYELAMAT KELEMASAN PINGAT GANGSA & CPR

KURSUS KEMAHIRAN MENYELAMAT DI AIR PINGAT GANGSA & CPR.


1.Seseorang Penyelamat Kelemasan akan mencegah tragedi kelemasan. Sekiranya Penyelamat Kelemasan tidak menjalankan kewajipan, seseorang akan mati lemas
2.Seseorang akan menjadi panik walau pun di dalam air yang cetek dan statistik menunjukkan seorang dewasa mati lemas di dalam kolam kanak-kanak walaupun airnya tak sampai 2 kaki
3. Statistik Kelemasan pada tahun 2005 dan 2006 daripada Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia [PPKM] telah merekodkan lebih 300 kes.
PENGENALAN
1. Kursus ini adalah untuk memupuk kemahiran yang tinggi dan tanggungjawab individu disamping membantu individu tersebut dalam menjalani kehidupan seharian yang mencabar iaitu untuk menjaga, mencegah dan menyelamat nyawa.
Setiap individu akan di ajar kemahiran-kemahiran seperti
- Bagaimana mengenal pasti bahaya yang mendatang
- Bagaimana mengenal kemalangan
- Bagaimana untuk menguruskan kemalangan dengan kemahiran
- Bagaimana untuk memikirkan secara kritikal akibat daripada situasi yang mendatang
- Bagaimana melindungi keselamatan individu dan kebaikan perilaku
- Bagaimana menjadi seorang yang professional
2. Penyelamat Kelemasan bukan sahaja mencegah kelemasan atau kemalangan tetapi juga menyediakan penyelamatan dan penjagaan kecemasan
3. Silibus latihan yang disediakan adalah dari Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia [PPKM] sebagai satu organisasi yang dipercayai untuk Menyelamat Kelemasan di Malaysia dengan bergabung di bawah Persekutuan Menyelamat Kelemasan Antarabangsa [ILS – International Life Saving Federation]
4 Di bawah Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia [PPKM]
5.Terdiri daripada Instruktor-Instruktor yang bertauliah di bawah Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia [PPKM] dan anugerah Persekutuan Menyelamat Kelemasan Antarabangsa [ILS – International Life Saving Federation],jurulatih bertauliah daripada Persatuan Renang Amatur Malaysia.
6.Instruktor adalah berlatar belakangkan bidang hospitaliti





Kursus Penyelamat Kelemasan Sijil Pingat Gangsa
Sijil Pingat Gangsa (Bronze Medallion Certificate).
Antara Kandungan Kursus
•Scissors Kick, Rope Towing, Chin Tow, Combine Rescue, Rope Throwing, Water Treading, Water Safety, Drowning Management, Theory & Practical
Syarat Permohonan
• Pandai berenang 2 gaya breaststroke/freestyle & mampu berenang sekurang-kurangnya 100m tanpa henti.
Antara Kelebihan Memiliki
Sijil Pingat Gangsa (Bronze Medallion Certificate
):
• Memperolehi 2 sijil
o Sijil Pingat Gangsa – Sijil Penyelamat Kelemasan
o Expired Air Resuscitation (EAR) Certificate – Sijil untuk bantuan pernafasan
• Mampu membantu menyelamatkan mangsa yang hampir lemas & memberi bantuan pernafasan.
• Melayakkan pemegangnya berkhidmat sebagai Penyelamat Kelemasan dan juga Jurulatih Renang di mana-mana kolam renang di Malaysia. (Sijil diperakui satu Malaysia)
• Berpeluang menjadi Penyelamat Kelemasan di Kolam Renang  
• Peluang menaik taraf Sijil, menjadi Jurulatih 
  (Bronze Cross, ILS, Merit, Instructor dsb…)