Saturday 13 August 2016

CIRI-CIRI BAJU RENANG MUSLIMAH


Baju Renang Muslimah diperbuat daripada spandex/ elastane/lycra. 
Fabrik yang sama sepertimana baju renang di pasaran.
Potongan baju adalah lurus dan longgar, tidak terlalu ketat. Ia dapat membantu melindungi kekurangan bentuk badan.
Baju dan seluar adalah bersambung. Ia direka bersambung bagi mengelakkan badan terdedah sekiranya baju terangkat ketika berenang. Ia pastinya memberikan keselesaan muslimah untuk berenang tanpa rasa bimbang.
Ada sesetengah dibuat baju dan seluarnya tidak bersambung. Pada baju terdapat tali yang boleh diikat pada seluar bagi mengelakkan baju terangkat ke atas.
Zip baju terletak di bahagian depan bagi memudahkan pemakai untuk memakai dan menyalin pakaian,
Terdapat dalam saiz XS hingga XXL. Jika ingin yang lebih besar, kami sedia menerima tempahan khas. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di :

FACEBOOK : Aerobic Zone In Kia Makmur/Barbershop/Baju Renang Muslimah


Satu set pakaian disertakan sekali cap dan tudung (menutupi dada) 
yang sepadan. 
Ada 3 cara untuk memakai cap dan tudung:
1)Pakai cap sahaja-Sesuai digayakan ketika di kalangan wanita dan kawasan tertutup.
2)Pakai cap dan tudung dan dimasukkan ke dalam baju- Sesuai digayakan ketika berenang.
3)Pakai cap dan tudung dan dilepaskan keluar- Sesuai ketika digayakan sekadar bermain air di tepi kolam.

TIPS : 


Jika baju biasa anda memakai baju saiz M, maka baju renang 
saiz S adalah sesuai untuk anda (tidak fit /terlalu longgar)
Show less
1

No comments:

Post a Comment